Tentang Kami

Sentuhan kami, Merealisaikan Impian Anda…

Diterajui oleh seorang usahawan wanita bumiputera Pn Surahayu Razali, Deco Dreams Sdn Bhd memulakan langkah dalam bidang hiasan dalaman dan pertukangan kayu dengan memberikan perkhidmatan baik pulih perabot dan hiasan dalaman untuk sebuah hotel peranginan di barat tanahair pada tahun 2003.

 

Berbekalkan minat yang mendalam dan pengetahuan yang luas dalam bidang hiasan dalaman ini, beliau mengorak langkah lebih jauh dengan mempunyai lini pengeluaran sendiri yang melibatkan pembuatan produk berasaskan kayu bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan produk pertukangan kayu yang dibuat secara “tailor made” mengikut spesifikasi mereka sendiri.

 

Deco Dreams Sdn Bhd membuat kerja-kerja hiasan dalaman dan pertukangan kayu khasnya untuk kabinet dapur, almari pakaian, hiasan siling dan panel tv dinding untuk pelbagai jenis premis termasuk rumah teres, kondominium, banglo, sekolah, kolej sehinggalah ke hotel bertaraf 5 bintang.

 

Tahun 2012, ┬áDeco Dreams Sdn Bhd mengorak langkah lebih jauh dalam mengembangkan portfolio syarikat dengan memulakan perkhidmatan mengubahsuai bangunan seterusnya menjadikan syarikat ini sebuah “one-stop solution center” yang menyediakan perkhidmatan pengurusan projek, hiasan dalaman, renovasi dan pertukangan kayu di bawah satu bumbung.

 

Dengan sokongan pekerja yang mahir dan kepercayaan pelanggan, Deco Dreams Sdn Bhd akan terus berusaha untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera terbaik dalam bidang hiasan dalaman, perabot dan pembinaan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *